Ada banyak desas-desus dan laporan yang menyatakan bahawa syarikat NVIDIA bakal hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti, sebuah kad grafik yang direka khusus untuk bersaing dengan kad grafik AMD Radeon RX Vega 56.
Spesifikasi kad tersebut juga tertiris baru-baru ini, dan ia dikatakan akan menggunakan cip pemproses grafik GP104-300, sebuah varian kepada cip GP104 yang digunakan oleh kad grafik NVIDIA GTX 1070 dan juga GTX 1080. Dari segi memori, ia akan hadir dengan memori GDDR5 sebanyak 8GB, dan mempunyai kelajuan asas 1607MHz dan juga Boost Clock selaju 1683MHz.
Terkini, nampaknya skor penanda-aras Ashes of The Singularity untuk kad grafik GTX 1070 Ti ini juga tertiris baru-baru ini, dan skor tersebut, pada 6200 meletakkan kad grafik ini betul-betul diantara GTX 1070 dan juga GTX 1080. Tetapan yang digunakan penanda-aras ini ialah pada resolusi 1440p, tetapan grafik tinggi, dan sebagainya.
Sayang sekali, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa kad grafik ini tidak boleh di-overclock, kemungkinan besar kerana pihak NVIDIA tidak mahu prestasi kad ini berada pada taraf yang sama dengan kad grafik GTX 1080.
Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti ini dikatakan akan hadir di pasaran dunia pada hujung bulan Oktober, Tanda harga untuk kad grafik ini masih lagi belum diumumkan.