Imej Acah Oppo F5 Dikongsi Dan Mengesahkan Pelancarannya Di Malaysia

Imej Acah Oppo F5 Dikongsi Dan Mengesahkan Pelancarannya Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 16, 2017 oleh .

Seperti kami laporkan minggu lalu, Oppo F5 akan dilancarkan pada 26 Oktober hadapan di Filipina. Ini adalah peranti pertama Oppo dengan rekaan skrin 18:9. Oppo Malaysia telah berkongsi imej acah di bawah di laman Facebook mereka. Ini sekaligus mengesahkan F5 akan dilancarkan di Malaysia kelak.

Dari segi spesifikasi setakat ini maklumat yang diketahui ialah ia akan dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana menggunakan pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan 64GB dan bateri sebesar 4000 mAh. Tarikh pelancaran masih belum dikongsikan tetapi pastinya akan berlaku dalam masa yang terdekat.


TIPS & ULASAN