Steve Wozniak Membuka Universiti Woz U Yang Menawarkan Pendidikan Mampu Milik

Steve Wozniak Membuka Universiti Woz U Yang Menawarkan Pendidikan Mampu Milik

Diterbitkan pada Okt 16, 2017 oleh .

Apple wujud kerana dua Steve. Steve Jobs yang mahir dalam rekaan serta promosi dan Steve Wozniak yang mahir dalam elektronik dan pengaturcaraan. Dua insan ini bertanggungjawab membina asas kepada syarikat yang diramalkan bakal mempunyai nilai $1 Trillion. Wozniak tidak lagi aktif di dalam Apple dan hari ini telah melancarkan Woz U.

Woz U ialah universiti yang menawarkan pengajian teknologi bagi memenuhi kehendak majikan semasa. Pada waktu yang sama yuran pengajian adalah mampu milik supaya graduan tidak perlu menanggung hutang pengajian yang tinggi kerana segulung ijazah. Buat masa ini Woz U ditawarkan dalam bentuk aplikasi iOS dengan perancangan membuka 30 kampus fizikal di seluruh dunia. Aplikasi yang sama turut akan memadankan pengguna dengan kerja yang kelayakan mereka.

Seperti Bill Gates, Wozniak menggunakan kekayaan untuk membantu mereka yang tidak berharta. Sebuah inisiatif murni dari seorang insan yang memang terkenal kerap membantu rakan-rakan beliau (seperti Daniel Kottke) apabila mereka dalam kesempitan.


TIPS & ULASAN