Cari @ Amanz

Microsoft sedia bekerjasama dengan pelbagai pengeluar Android untuk menyertakan aplikasi seperti Office dan Skype pada peranti Android. Kini, untuk Huawei, Microsoft membawa kerjasama berkenaan setapak lagi kehadapan dengan turut menyertakan sebuah aplikasi terjemahan khusus untuk para pengguna Huawei Mate 10.

Dinamakan sebagai Translate, ia merupakan versi yang ditambah-baik berbanding versi yang ditawarkan melalui Google Play Store.

Pengguna boleh melakukan terjemahan masa-nyata menggunakannya – tidak kira untuk imej, teks, suara dan perbualan. Microsoft menggunakan kelebihan unit pemprosesan neural pada Kirin 970 dalam menawarkan hasil terjemahan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Translate juga turut hadir dengan sokongan penggunaan luar-talian, bagi memudahkan anda menggunakannya tidak kira berada di mana-mana.

Daripada percubaan ringkas kami, ia berfungsi dengan lancar, selain turut mengesan input suara dengan baik – sekaligus menghasilkan terjemahan kepada bahasa lain dengan baik.

Translate akan didatangkan secara terbina bersama Huawei Mate 10 dan juga Huawei Mate 10 Pro.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd