Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah mengumumkan Samsung DeX yang membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar melalui sebuah dok khusus ke skrin, dan menggunakannya sebagai desktop. Pelbagai paparan dan aplikasi dioptimasikan dan dipaparkan dalam bentuk seumpama desktop – selain pada masa yang sama membolehkan pengguna menerima panggilan dan menjawab SMS.

Kini, Huawei turut menawarkan ciri yang lebih kurang sama melalui Huawei Mate 10 atau Mate 10 Pro. Huawei memanggil ciri mereka sebagai Easy Projection.

Berbeza dengan keperluan sebuah dok khusus untuk peranti Samsung, Huawei membolehkan pengguna menggunakan ciri ini dengan terus menghubungkan sebarang kabel USB-C ke HDMI atau sebagainya ke skrin. Ini sekaligus mengurangkan kos, apatah lagi pelbagai aksesori baru pada hari ini hadir dengan sokongan USB-C untuk tujuan hubungan.

Apabila pengguna menghubungkan skrin ke USB-C di Huawei Mate 10, anda akan menerima sebuah notifikasi untuk mengubah ke mod desktop. Menariknya, pelbagai panggilan dan SMS tidak akan dipaparkan pada skrin, sekaligus menjadikan ia sesuai untuk digunakan ketika pembentangan dan sebagainya tanpa terganggu dengan notifikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd