Cari @ Amanz

Huawei pada tahun lepas telah membuat kejutan dan mengumumkan kerjasama dengan Porsche Design untuk telefon pintar mereka. Kini, untuk tahun 2017, Huawei meneruskannya, dan telah memperkenalkan Huawei Mate 10 Pro Porsche Design secara rasminya.

Huawei Mate 10 Pro Porsche Design menawarkan rekaan premium dengan sedikit sentuhan daripada Porsche Design. Secara kasar, ia kelihatan seperti Huawei Mate 10 Pro, tetapi dengan sedikit perbezaan pada bahagian luaran dari segi warna dan sebagainya.

Huawei Mate 10 Pro Porsche Design hadir dengan skrin 6-inci nirbingkai dengan resolusi 18:9, dilengkapi cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang Leica yang menabungkan sensor 20-megapixel hitam-putih dan 12-megapixel RGB. Telefon pintar ini turut menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh bersama-sama dengannya.

Harga jualan versi Porsche Design ini masih tidak diketahui lagi. Pada tahun lepas, Mate 9 Pro Porsche Design telah ditawarkan pada harga RM6999 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd