Carian
Rekaan Samsung Galaxy Tab Active2 Tetiris – Tablet Kalis Air Dan Tahan Lasak
October 16, 2017 Effi Saharudin

Pernah suatu ketika Samsung melancarkan tablet balu selang beberapa bulan. Tetapi pasaran tablet semasa tidak lagi meriah seperti dahulu kerana kemunculan telefon pintar dengan skrin semakin besar. Samsung nampaknya akan melancarkan tablet Galaxy Tab Active2. Ia unik kerana mempunyai kemampuan kalis air dan tahan lasak. Rekaannya telah tertiris hari ini dan menyerupai Tab Active asal.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 8″ TFT (1280×800 pixel), dijana pemproses Exynos 7880, memori sebesar 3GB RAM dan storan 16GB. Kamera utama sebesar 7-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Ia mengekalkan rekaan tiga butang navigasi pada bahagian dagu dengan pengimbas jari terbina pada butang home. Membekalkan kuasa ialah bateri sebesar 4450 mAh. Ia masih menggunakan Android 7.1 dan akan dilengkapi sebatang stylus. Harga jualan pula dianggarkan sekitar Euro 600 (~RM 2986).

Komen