Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Redmi, iaitu Redmi 5A.

Xiaomi Redmi 5A hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 425, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Xiaomi turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Xiaomi Redmi 5A

Xiaomi turut menjanjikan masa penggunaan sepanjang hari melalui bateri 3000mAh yang hadir terbina padanya.

Xiaomi Redmi 5A juga dilihat hadir dengan antaramuka MIUI 9 yang terbaru dengan sejumlah ciri-ciri menarik.

Buat masa ini, telefon pintar ini diumumkan untuk pasaran China sahaja, dimana ia ditawarkan pada harga RMB600 iaitu sekitar RM383.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd