Bermula minggu ini Apple secara rasminya telah memulakan penjualan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 8 dan juga iPhone 8 Plus. Peranti ini boleh dibeli secara rasmi menerusi halaman web Apple, dan juga syarikat telekomunikasi lain. Namun Celcom bakal hadir dengan tawaran yang menarik, menawarkan iPhone 8 serendah RM 99.
Bersempena dengan tarikh permulaan penjualan ini, Celcom turut mengadakan promosi pada hari permulaan penjualannya pada 20 Oktober 2017. Pada tarikh tersebut, bertempat di Blue Cube Iconic, Sunway Pyramid, pengguna boleh memiliki iPhone 8 berkapasiti 64GB pada harga serendah RM 99, atau RM 999 menerusi Celcom FIRST Device Bundle.
Menerusi promosi ini, pengguna dapat memiliki iPhone 8 | 8 Plus yang terkini yang turut hadir dengan pelbagai fungsi baru. Meskipun dari luaran tampak sama, iPhone 8 | 8 Plus membawakan permukaan kaca pada bahagian belakang membolehkan pengecasan tanpa wayar dilakukan, disamping mod rakaman gambar potrait yang lebih baik dari versi terdahulu.
Selain dari itu, Celcom turut menawarkan iPhone 8 | iPhone 8 Plus menerusi program EasyPhone. Program ini memudahkan bayaran bulanan dilakukan secara ansuran bagi memiliki peranti ini, bergantung langganan pilihan pelan FIRST. Sebagai contoh, jika anda melanggan pelan pascabayar FIRST Platinum Plus, anda hanya perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM 83 selama 24 bulan.
Tunggu apa lagi, jika mahu membeli peranti ini pada harga yang sangat menarik serta mampu milik, tandakan kalendar dan hadirkan diri anda ke Blue Cube Iconic, Sunway Pyramid bagi mendapatkan iPhone 8 64GB serendah RM 99.
- Beli:
Penafian: Advertorial dari Celcom.