Asus Malaysia sedia menawarkan Asus Zenfone 4 Max Pro sebelum ini yang memfokuskan penawaran kapasiti bateri bersaiz besar. Kini, versi berspesifikasi sedikit rendah, iaitu model Zenfone 4 Max (ZC520KL) turut diumumkan dan telah ditawarkan untuk pasaran tempatan.
Asus Zenfone 4 Max hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan resolusi HD, dilengkapi cip Snapdragon 425, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Telefon pintar ini turut mengekalkan prinsip siri Zenfone 4 – dimana ia menyertakan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang mengabungkan lensa 13-megapixel dan 5-megapixel.
Untuk rakaman selfie pula, ia hadir dengan kamera 8-megapixel di hadapan.
Menjadi fokus utama pada siri Max juga adalah sokongan bateri. Asus Zenfone 4 Max ini hadir dengan bateri 4100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas.
Telefon pintar ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM799.
Pihak Asus juga turut mengadakan promosi khusus bersama SatuGadget bermula 20 Oktober ini, dimana mereka menawarkan Asus Zenfone 4 Max pada harga RM799 bersama sejumlah berkas tambahan = termasuk ZenPower Slim 4000mAh, Asus Lolli Flash untuk pencahayaan rakaman selfie, Selfie Stick, tambahan kabel OTG, tambahan kabel mikro-USB, dan beberapa yang lain.