Cari @ Amanz

Semalam Huawei Mate 10 dilancarkan secara rasmi. Ia adalah peranti utama dengan rekaan nirbingkai Huawei. Ini ialah trend semasa yang semakin popular sejak akhir-akhir ini. HTC tidak mahu ketinggalan dan HTC U11 Plus akan turut menggunakan rekaan yang sama. Pihak HTC telah mula menghantar jemputan untuk majlis khas pada 2 November ini dan ia besar kemungkinan adalah tarikh U11 Plus akan dilancarkan.

HTC U11 Plus dipercayai akan dilengkapi skrin 6″ QHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan kamera utama sebesar 12-Megapixel. Fungsi unik tubuh boleh dipicit Edge Sense dan kemampuan kalis air IP68 turut disertakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd