Nvidia GeForce Now Beta Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Mac

Nvidia GeForce Now Beta Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Mac

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Sebab utama mengapa kami berpindah ke konsol adalah kerana tidak mempunyai PC yang berkuasa untuk memainkan permainan terkini. Pada waktu yang sama akaun bank yang kurang sihat menyebabkan kami tidak mampu membeli PC baru. Oleh sebab itu perkhidmatan Nvidia GeForce Now menyelesaikan masalah ini. Ia adalah perkhidmatan penstriman awanan yang membolehkan permainan komputer dengan spesifikasi tinggi dimainkan oleh komputer kurang berkuasa.

Nvidia GeForce Now Beta baru sahaja dilancarkan untuk platform Mac. Dengan ini pengguna Mac tidak perlu lagi menggunakan Bootcamp untuk memainkan permainan Windows. Ini sekaligus menghapuskan tanggapan negatif bahawa komputer Mac tidak boleh digunakan untuk peminat permainan komputer tegar. Buat masa ini GeForce Now Beta boleh dimuat turun percuma oleh pengguna Mac di Amerika Utara. Bagi pengguna di luar benua ini dan juga PC, pihak Nvidia masih belum berkongsi maklumat mengenainya.


TIPS & ULASAN