Apple Diarahkan Membayar RM 1.86 Billion Kepada VirnetX Kerana Penyalahgunaan Paten

Apple Diarahkan Membayar RM 1.86 Billion Kepada VirnetX Kerana Penyalahgunaan Paten

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Kes sama di antara VirnetX dan Apple sudah berlarutan sejak Februari 2016. Pihak VirnetX mendakwa Apple telah melanggar paten sistem keselamatan atas talian milik mereka yang digunakan pada aplikasi seperti iMessage. Pada Oktober tahun lalu mahkamah mengarahkan Apple membayar ganti rugi sebanyak $302.4 Juta (~RM 1.28 Billion).

Apple iPhone 8Pihak Apple telah melakukan rayuan tetapi ia telahpun ditolak oleh mahkamah. Seperti jatuh ditimpa iMac, mahkamah telah meningkatkan jumlah bayaran ganti rugi ke $439,727,418 (~RM 1.86 Billion). Ini diberikan setelah mengambil kira kos guaman $96 juta dan menambah bayaran royalti sebanyak 50% ke atas peranti iOS yang menggunakan paten tanpa kebenaran.

Apple sekali lagi akan melakukan rayuan ke atas keputusan terkini mahkamah. Mereka berkeras VirnteX hanyalah sebuah firman toyol paten yang tidak menghasilkan sebarang produk. Segala keuntungan diperoleh dengan menyaman firma besar.


TIPS & ULASAN