Carian
Alami Dunia Data Tanpa Had Hasil Kombinasi iPhone 8 Dan U Mobile
October 20, 2017 Ikhwan Nazri

Selepas hampir sebulan dari pengumuman iPhone 8 | 8 Plus, minggu ini peranti ini akan hadir di pasaran Malaysia. Peranti yang merupakan kesinambungan dari iPhone 7 ini membawakan rekaan serba baru yang menyokong pengecasan tanpa wayar sekaligus ‘membebaskan’ anda dari belenggu penggunaan kabel.

Namun terdapat satu lagi faktor yang sentiasa membelenggu pelanggan peranti pintar masa kini iaitu penggunaan data yang terhad. Acapkali peranti berkuasa tinggi seperti iPhone memerlukan penggunaan data yang tinggi. Justeru itu, peranti berprestasi tinggi perlu digunakan bersama-sama pelan internet yang menawarkan data yang tinggi atau tanpa had memang sesuai untuk peranti berprestasi tinggi.

Apple iPhone 8

Dan U Mobile mempunyai jawapannya menerusi pelan mereka, dan juga fungsi yang turut disediakan bersamanya.

Terdapat empat tawaran dua pelan yang mudah difahami ditawarkan oleh U Mobile. Untuk keempat-empat iPhone dengan kapasiti berlainan dan juga saiz berlainan, dua pelan yang ditawarkan adalah i90 dan juga i130.

Sebagai perbandingan atas faktor penjimatan, harga iPhone 8 yang ditawarkan oleh U Mobile adalah jauh lebih berbaloi dimiliki berbanding iPhone 8 yang ditawarkan syarikat telekomunikasi lain. Kesemuanya membawakan kontrak selama 24 bulan namun perbelanjaan setiap bulan menggunakan pelan U Mobile adalah lebih rendah, bahkan kuota data yang ditawarkan meskipun tampak sedikit, tapi ianya disokong oleh pelbagai fungsi ‘Onz’ yang menawarkan penggunaan data tanpa had untuk aplikasi popular.

Bagi kedua-dua pelan U Mobile ini, pengguna akan memperoleh data tidak terhad tanpa had dalam pelbagai bentuk. Pengguna dapat menstrim video dengan data percuma melalui pelan i90 dan bagi pelan i130 anda boleh menstrim video dengan data tanpa had menerusi Video-Onz yang membolehkan anda menonton video kegemaran anda di platform popular seperti Netflix, Youtube, iFlix Tonton dan banyak lagi. Anda juga, dapat menstrim lagu kegemaran tanpa had melalui Music-Onz di Apple Music , Spotify, JOOX dan banyak lagi, malahan dapat menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter tanpa risau akan penggunaan data berkat melalui App-Onz.

Bukan itu sahaja, pengguna juga dapat melakukan panggilan tanpa had ke semua rangkaian menerusi Call-Onz dan bagi mereka yang bergantung kepada aplikasi Waze ketika memandu, pelan ini menawarkan menggunakan data tanpa had apabila menggunakan Waze.

Dan seperti biasa memandangkan iPhone 8 | 8 Plus membawakan paparan baharu Super Retina yang menghasilkan resolusi lebih besar dan teliti, pastinya ia akan memberikan satu kepuasan ketika menonton video di paparan iPhone 8 | 8 Plus dan ia langsung tidak akan mengganggu kuota data pengguna tidak akan terusik sewaktu menstrim rancangan atau filem menarik menggunakan fungsi Video-Onz.

Oleh itu, apa lagi alasan yang anda perlukan untuk tidak memiliki cepat dapatkan iPhone 8 menerusi U Mobile? Untuk lebih maklumat lanjut mengenai pelan ini dan juga tawaran dari U Mobile, anda boleh ke cawangan yang berhampiran atau melayari laman rasmi mereka.

Penafian: Advertorial dari U Mobile

Komen