Cari @ Amanz

Leagoo ialah jenama peranti yang kerap kali dijual pada harga mampu milik. Rekaan peranti terkini mereka iaitu Leagoo S8 Pro diperlihatkan hari ini dengan skrin 18:9 nirbingkai. Peranti ini dilengkapi skrin 5.99″ IPS LCD beresolusi FHD+.

 Ia turut dijana pemproses MediaTek Helio P25, memori sebesar 6GB RAM dan storan 64GB eMMC. Kamera utama sebesar 13+5 Megapixel digabungkan dengan kamera hadapan juga sebesar 13-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3050 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan pengecasan pantas 18W. Leagoo S8 Pro ini akan dijual pada harga $300 (~RM 1267) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd