Kamera Aksi Sony RX0 Kini Hadir Di Pasaran Malaysia – Berharga RM3199

Kamera Aksi Sony RX0 Kini Hadir Di Pasaran Malaysia – Berharga RM3199

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Peranti kamera aksi seperti GoPro, Garmin dan sebagainya telahpun tular sejak beberapa tahun yang lalu. Ia digunakan oleh mereka yang mahu merakam aktiviti-aktiviti lasak untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan, ataupun sebagai sebuah cara untuk memperbaiki kebolehan masing-masing.

Terkini, Sony Malaysia baru sahaja mengumumkan kehadiran kamera aksi Sony DSC-RX0 yang pada mulanya diperkenalkan di acara IFA beberapa bulan yang lalu. Kamera ini hadir dengan sensor gambar CMOS Exmor RS bersaiz 15.3MP dengan lensa 24mm F4 dengan kelajuan pengatup 1/32000 saat dan kebolehan menangkap sebanyak 16 gambar sesaat.

Dari segi video pula, kamera ini boleh merakam video pada resolusi 4K melalui kabel HDMI dan juga storan luaran, manakala pada resolusi 1080p pula, anda boleh merakam video gerak perlahan sehingga 960 dan 1000fps.

Kamera aksi RX0 ini juga hadir dengan beberapa ciri-ciri yang cukup berguna untuk mereka yang sering melakukan aktiviti lasak seperti rock-climbing, berenang dan sebagainya, RX0 ini hadir dengan ciri kalis air sehingga 10 meter, boleh menahan jatuh setinggi 2 meter, dan juga tahan tekanan sehingga 200kgf.

Pendaftaran minat untuk kamera aksi Sony RX0 ini sudahpun dibuka, dan menurut Sony Malaysia, ia akan hadir di pasaran tempatan menjelang penghujung bulan Oktober ini, dan akan dijual pada harga RM3199.


TIPS & ULASAN