Huawei Mate 10 Boleh Dipra-Tempah Bermula 19 Oktober

Huawei Mate 10 Boleh Dipra-Tempah Bermula 19 Oktober

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Huawei Malaysia sedia berkongsi mengatakan Huawei Mate 10 berharga RM2699 di Malaysia, dan akan mula dijual bermula 28 Oktober kelak. Kini, Huawei turut mengumumkan yang mana mereka akan mengambil pra-tempahan untuk Mate 10 bermula daripada 19 Oktober ini sehingga 22 Oktober 2017 kelak.

Dengan membuat pra-tempahan, Huawei akan menawarkan sejumlah ganjaran tambahan, termasuk Huawei Body Scale (penimbang pintar Huawei), aksesori tambahan Huawei Mate 10, dan juga sebuah kad Premium VIP Huawei.

Huawei Mate 10

Huawei Mate 10 merupakan telefon pintar dengan rekaan nirbingkai 16:9, menawarkan skrin 5.9-inci, dijana menggunakan Kirin 970, memori 4GB RAM, dan dilengkapi dwi-kamera Leica pada bahagian belakang. Ia turut hadir dengan bateri 4000mAh dan juga sokongan kad mikro-SD.

Pada harga RM2699, ia dilihat Huawei mengekalkan harga jualan siri Mate mereka seperti tahun lepas. Huawei Mate 10 Pro dijangka hadir ke pasaran tempatan sekitar November kelak.


TIPS & ULASAN