Cari @ Amanz

Garena, salah satu nama yang tidak asing dalam arena e-sukan, hari ini telah pun melancarkan permainan Arena of Valor terbitan Tencent untuk pasaran Malaysia. Permua berkenaan sebelum ini ditawarkan dibeberapa negara dalam bentuk beta tertutup, dan kini boleh dimainkan oleh pengguna tempatan.

Arena Of Valor adalah permua multi-pemain secara atas-talian dengan rekaan bentuk permainan yang dioptimasikan khas untuk telefon pintar. Ia menawarkan sejumlah mod berlawan berbeza, termasuk pilihan 5-lawan-5 yang menjadi minat ramai pemain pada peranti mudah-alih mahupun pada komputer.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma hari ini, dan mencubanya. Selain daripada Arena of Valor, antara permua lain dengan genre lebih kurang sama adalah Mobile Legends dan juga Vainglory.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd