Huawei Mate 10 Porsche Design Berharga RM6999 Di Malaysia

Huawei Mate 10 Porsche Design Berharga RM6999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Huawei Mate 10 untuk pasaran tempatan, dimana ia bakal ditawarkan bermula 28 Oktober 2017 kelak pada harga RM2699. Bercakap mengenai dua model lagi, Huawei masih belum mengumumkan harga jualan Huawei Mate 10 Pro, tetapi sebaliknya berkongsi mengenai Huawei Mate 10 Porsche Design.

Huawei Mate 10 Porsche Design bakal dijual di Malaysia pada harga RM6999. Harga yang ditawarkan ini adalah sama seperti harga Huawei Mate 9 Porsche Design pada tahun lepas, dan Huawei turut mengatakan permintaan pada tahun lepas adalah agak tinggi berbanding apa yang disasarkan.

Huawei Mate 10 Porsche Design menawarkan rekaan nirbingkai sama seperti Huawei Mate 10 Pro, tetapi hadir dengan sedikit perbezaan elemen rekaan pada bahagian kerangka belakang, dan turut menawarkan ruangan storan sebesar 256GB. Disamping itu, dengan penjenamaan Porsche Design – ia menawarkan harga yang premium berbanding harga jualan Huawei Mate 10 Pro biasa.

Huawei Mate 10 Porsche Design akan ditawarkan di Malaysia pada waktu yang sama seperti Huawei Mate 10 Pro – iaitu pada pertengahan kedua November.


TIPS & ULASAN