Cari @ Amanz

Pada masa kini, pelbagai pihak sedang berusaha melestarikan permainan komputer dan menyediakannya di pelbagai platform. Pengeluar komputer hadir dengan komputer yang memfokuskan gaming, namun tidak banyak pengeluar telefon pintar yang menghasilkan peranti memfokuskan kepada permua iaitu Permainan Mudah Alih.

Namun pada pertengahan tahun ini, Honor telah tampil berani mengetengahkan Honor 8 Pro, dengan fokus terhadap gaming. Ini dapat bukan sekadar dari hasil keputusan benchmark, malahan mereka turut bekerjasama dengan Mobile Legends dalam menghasilkan kandungan tertentu khusus untuk peminat permainan tersebut.

Berikut merupakan lima ciri menarik pada Honor 8 Pro, yang sesuai bagi anda yang mencari telefon pintar memfokuskan permainan.

Dijana oleh Cip Pemprosesan HiSilicon Kirin 960

Sepertimana yang kita tahu, cip pemprosesan memainkan peranan penting dalam setiap peranti pintar. Cip HiSilicon Kirin 960 yang dihasilkan oleh Huawei adalah setanding dengan cip pemprosesan yang lain, yang mampu beroperasi dengan pantas.

Cip HiSilicon Kirin ini merupakan cip lapan-teras, dan mempunyai 4 x Cortex-A72 2.4 GHz dan 4 x Cortex-A53 1.8 GHz untuk menjana prestasi yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan menerusi AnTuTu Benchmark, malah lebih pantas dari Google Pixel.

Pemproses Grafik Mali-G71 Dengan Sokongan Vulkan

Bagi peranti yang memfokuskan permainan, sokongan grafik yang pantas adalah satu kemestian. Dengan cip grafik khusus, permainan dapat dijalankan dengan lebih lancar, tanpa sela masa atau kekurangan grafik.

Pada Honor 8 Pro, ia dilengkapi dengan cip grafik Mali-G71. Dengan cip yang dikhususkan untuk penjanaan grafik, Honor 8 Pro dapat menjana grafik berkualiti tinggi, tambah lagi turut menyokong Vulkan API memudahkan pembangun untuk menghasilkan permainan yang lebih cantik tanpa mengorbankan responsif pemain.

RAM Sebesar 6GB

Tidak dinafikan isu Multi-tugasan (Multitasking) merupakan satu perkara penting dalam pemilihan peranti. Tiada siapa yang ingin berbelanja ribuan ringgit, kemudian memperoleh peranti yang bukan sahaja perlahan, tetapi mempunyai masalah dalam melakukan multi-tugasan.

Honor 8 Pro menyertakan RAM sebesar 6GB dan pada kapasiti RAM ini, lebih banyak tugasan dapat dilakukan pada satu masa yang sama. Ini juga membolehkan pengguna peranti ini merakam permainan mereka dalam bentuk video dan proses ini tidak sedikitpun mengganggu permainan yang sedang dimainkan mereka.

Paparan Skrin 2K

Permainan yang bagus adalah permainan yang bukan sahaja menarik, malah menampilkan kualiti grafik yang tinggi dan teliti. Paparan yang tidak menghasilkan grafik yang bagus akan mecacatkan pengalaman permainan.

Namun pada Honor 8 Pro, paparan yang digunakan mempunyai resolusi 2K, dan merupakan paparan LTPS IPS yang menghasilkan warna yang lebih cerah dan cantik. Ia juga mempunyai ketumpatan pixel yang lebih tinggi, setinggi 515ppi.

Bateri Sebesar 4,000 mAh

Sebagai peranti yang memfokuskan permainan, kapasiti bateri antara satu faktor utama yang perlu dititikberatkan. Peranti perlu bertahan lama lebih-lebih lagi untuk satu sesi permainan yang sudah pasti memakan masa yang lama.

Dan dalam menyelesaikan masalah ini, pada Honor 8 Pro ia menyertakan bateri berkapasiti tinggi sebesar 4,000 mAh. Pada kapasiti ini, bateri dapat bertahan selama 2 hari pada kadar penggunaan biasa.


Dengan lima ciri-ciri diatas, tidak dapat disangkal lagi Honor 8 Pro sememangnya memfokuskan kepada penggemar permainan dengan ciri-ciri yang boleh mempengaruhi prestasi pemain. Peranti ini dijual pada harga RM 1,999 dan merupakan harga yang menarik untuk spesifikasi dan fungsi yang ditawarkannya.

Penafian: Advertorial Dari Honor Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd