Cari @ Amanz

Huawei pada pelancaran Huawei Mate 10 semalam turut telah mengumumkan sebuah kamera 360-darjah mereka tersendiri, dinamakan sebagai Huawei EnVizion 360 Camera.

Ia merupakan sebuah kamera yang merakamkan gambar dan video 360-darjah, dan dihubungkan ke telefon pintar melalui sambungan USB-C. Ia turut menggunakan sebuah aplikasi khusus untuk urusan rakaman gambar dan juga proses pencantuman rakaman.

Huawei mengatakan EnVizion 360 Camera membolehkan anda merakamkan gambar pada resolusi 5K, selain menawarkan rakaman video pada resolusi mencapai 2K.

Huawei Malaysia mengatakan Huawei EnVizion 360 Camera akan ditawarkan di Malaysia bermula bulan Disember 2017 ini pada harga RM699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd