Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lalu, syarikat pembina robot gergasi dari Amerika Syarikat dan juga Jepun, MegaBots dan Suidobashi Heavy Industries telah menyatakan hasrat untuk bertarung diantara satu sama lain, dan setelah beberapa kelewatan, nampaknya robot-robot ini bakal bertarung pada hari esok, 18 Oktober 2017 waktu Malaysia.

Megabots akan hadir dengan robotnya yang bernama Eagle Prime, yang mempunyai ketinggian 4.8 meter dan seberat 12 tan. Ia boleh memuatkan seramai dua orang pemandu dan memakan belanja $2.5 juta  Robot Kuratas dari Suidobashi pula berdiri tegak pada ketinggian 4.0 meter pada ukuran berat 6.5 tan.

Bagi mereka yang berminat untuk menonton perlawanan ini, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung pada jam 10 pagi hari esok (18 Oktober 2017), waktu Malaysia melalui perkhidmatan penstriman Twitch.

Apa pendapat anda? Siapakah diantara MegaBots dan Suidobashi yang akan memenangi pertarungan robot ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd