Cari @ Amanz

OnePlus 5 tidak lagi dijual di laman rasmi OnePlus di beberapa pasaran dunia kerana kehabisan stock. Tahun demi tahun ini ialah petanda peranti terkini OnePlus akan dilancarkan dalam masa terdekat. Hari ini jemputan ke acara khas pada 5 November mula kelihatan. Pada imej yang dilampirkan jelas kelihatan huruf T dan peranti dengan rekaan nirbingkai. Ini adalah petunjuk paling kuat OnePlusĀ  5T akan dilancarkan pada tarikh tersebut.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 5T mungkin akan mengekalkan spesifikasi OnePlus 5 sebelum ini. Perubahan mungkin hanya akan dilakukan pada skrin nirbingkai. Berdasarkan apa yang dilakukan sebelum ini, rekaan skrin OnePlus 5T akan kelihatan seperti Oppo F5 dan Vivo V7+. Adakah anda sudah bersedia untuk peranti OnePlus pertama dengan rekaan nirbingkai?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd