Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Huawei Mate 10, pihak Huawei Malaysia turut mengemaskini harga jualan telefon pintar dibawah siri-P. Huawei mengatakan tidak lama lagi mereka akan mengurangkan harga jualan Huawei P10 Plus menjadi RM2399.

Huawei P10 Plus sebelum ini telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan April yang lepas, dimana ketika ia mula dijual, ia berharga RM3099.

Dari segi spesifikasi, Huawei P10 Plus menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip Kirin 960, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera Leica dibelakang mengabungkan lensa 12MP+20MP F/1.8, selai kamera hadapan 8MP. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3750mAh, serta sokongan kalis percikkan IPX3.

Pada harga RM2399, ia boleh dikatakan antara peranti yang berbaloi untuk didapatkan pada spesifikasi yang dibawaka olehnya.

Dengan penurunan harga ini juga, Huawei P10 biasa akan mula berhenti ditawarkan secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd