Cari @ Amanz

Semenjak Netflix membuka perkhidmatan penstriman video mereka serata dunia, ia boleh dikatakan bahawa jumlah pengguna Netflix melonjak sebanyak berjuta-juta dalam masa yang sangat singkat.

Netflix baru sahaja mengeluarkan laporan mengenai tabiat para pengguna perkhidmatan tersebut, dan ia menyatakan bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna paling tegar Netflix di rantau Asia, mendahului negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya.

Pengguna-pengguna Netflix yang tegar ini dipanggil Binge Racers, sekumpulan pengguna yang akan menghabiskan satu siri televisyen dalam masa 24 jam selepas ia hadir di playlist Netflix.

Siri-siri yang paling banyak ditonton oleh para pengguna Netflix di Malaysia termasuklah Stranger Things, Narcos, Gilmore Girls: A Year in the Life dan The Defenders. Menarik sekali, rakyat Malaysia juga merupakan penonton nombor satu siri dokumentari American Crime Story: The People v. O.J. Simpson di seluruh dunia.

Adakah anda salah seorang daripada Binge Racers yang akan menghabiskan hujung minggu dengan marathon siri televisyen di Netflix? Apakah rancangan-rancangan kegemaran anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd