Cari @ Amanz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia merupakan salah satu badan yang bertanggungjawab dalam urusan komunikasi di Malaysia. Terkini, dalam usaha meningkatkan kadar kepercayaan pengguna, SKMM dilihat sedang mengkaji dan mempertimbangkan kemungkinan untuk hadir dengan sebuah platform identiti baru dipanggil “Digital ID”.

Dengan pengenalan platform identiti digital daripada pihak kerajaan sendiri, ia dijangka akan dapat mempertingkatkan kadar kepercayaan pengguna – terutamanya dalam urusan berkaitan kesihatan dan kewangan secara dalam-talian.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui sama ada platform berkenaan akan diperkenalkan ataupun sebaliknya. Info lanjut mengenai idea berkenaan juga masih samar-samar lagi. Selain SKMM, pihak Pos Malaysia sebelum ini turut menyasarkan untuk memperkenalkan identiti digital mereka tersendiri dalam memudahkan beberapa urusan harian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd