Cari @ Amanz

Adobe pada tahun lepas telah memperkenalkan Project Felix, iaitu salah satu perisian daripada mereka dalam memudahkan anda menambah kesan grafik 3D pada gambar 2D dengan mudah.

Kini, pada acara Adobe Max, pihak Adobe telah melancarkan perisian berkenaan dengan nama akhirnya, Adobe Dimension (Dn).

Adobe Felix

Adobe Dimension CC ditawarkan sebagai sebuah perisian yang memudahkan anda menambah aset 2D dan 3D untuk gambaran produk, rekabentuk bungkusan, rekaan penjenamaan, dan sebagainya.

Adobe Dimension ditawarkan sebagai sebahagian daripada penawaran Adobe Creative Cloud.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd