Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini sedia menawarkan “NewsFeed” kedua untuk menemui pelbagai perkongsian yang mungkin menarik minat anda dinamakan “Explore”. Ia sebelum ini ditawarkan secara terhad pada peranti mudah-alih sahaja – dan hari ini ia turut diperluaskan untuk pengguna desktop.

Bagi pengguna Facebook di desktop, kini anda sudah boleh mengakses Explore Feed – dan mengikuti pelbagai perkongsian popular dikalangan anda, selain perkongsian yang mungkin menarik minat anda berdasarkan kepada perkongsian dan kaedah anda berinteraksi di laman sosial terkemuka berkenaan.

Ini juga dilihat salah satu kaedah Facebook untuk mengekalkan pengguna menggunakan platform mereka untuk tempoh lebih lama, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna menemui pelbagai Pages dan profil baru untuk diikuti oleh anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd