Cari @ Amanz

Rekaannya tertiris minggu lalu dan hari ini akhirnya aksesori modular Moto Smart Speaker telah dilancarkan. Ia sebuah pembesar suara pintar dengan sokongan Alexa seperti Echo. Ia dilengkapi dua pembesar suara sebesar 27 mm dengan kuasa 8W.  Empat mikrofon disertakan bagi mendengar arahan suara pengguna.

Sebuah bateri sebesar 1350 mah disertakan dan mampu membekalkan kuasa kepada Moto Smart Speaker selama 15 jam. Dengan aksesori ini pengguna boleh mengawal muzik dan melakukan pembelian atas talian dengan menggunakan kawalan suara. Ia boleh digunakan oleh kesemua peranti di dalam keluarga Moto Z. Ia akan dijual bermula November pada harga $150 (~RM 633) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd