Cari @ Amanz

Samsung mempergandakan usaha mereka di dalam dunia realiti maya tahun ini dengan pelancaran Samsung HMD Odyssey beberapa minggu yang lalu. Hari ini mereka melancarkan Samsung 360 Round yang merupakan sebuah kamera 360 darjah dengan rakaman 3D pada resolusi 4K.

Ia direka untuk menghasilkan kandungan 3D untuk peranti realiti maya pada tetapan tertinggi. Sebanyak 17  kamera sebesar 2-Megapixel f/1.8 digunakan dengan 16 pada bahagian sisi dan satu pada bahagian atas. Selain merakam. 360 Round juga boleh melakukan penstriman pada resolusi 4K 30FPS.

Enam pembesar suara pula merakam audio spatial dan akhir sekali ia mempunyai kemampuan kalis air IP65. Tiada harga jualan diumumkan tetapi jelas ia mensasarkan golong profesional sama seperti Nokia Ozo yang telah dihentikan pengeluarannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd