Cari @ Amanz

Di zaman awal tetikus yang menggunakan laser, Microsoft Intellimouse ialah antara yang paling didambakan walaupun dijual pada harga yang agak mahal. Tetikus Intellimouse terkenal dengan rekaan yang amat selesa dan pengeraskan atas skrin yang lancar. Lima tahun yang lalu pengeluarannya dihentikan oleh Microsoft.

Serentak dengan pelancaran Surface Book 2, tetikus Microsoft Classic Intellimouse disenaraikan di laman Microsoft. Edisi tekini ini mengekalkan rekaan klasik tetapi dengan komponen lebih terkini. Ia mempunyai tahap pengesanan sehingga 3200 DPI dan butang yang boleh dikustomasi. Perubahan paling ketara ialah lampu berwarna merah pada tetikus kini digantikan dengan warna putih. Microsoft Classic Intellimouse dijual pada harga $39.99 (~RM 169) dan hanya hadir dengan sambungan USB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd