Cari @ Amanz

Oppo F5 akan dilancarkan pada 26 Oktober hadapan di Filipina dan ia telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia. Rekaannya sudahpun tertiris dan menyerupai rekaan Vivo V7+ yang dilancarkan sebelum ini. Hari ini spesifikasi untuknya pula tertiris dan ia bakal dilengkapi dwi-kamera selfie sebesar 12-Megapixel.

Selain daripada itu turut diketahui ialah skrin 6″ dan kamera utama sebesar 20-Megapixel. Sejauh manakah kesahihan spesifikasi ini tidak diketahui. Tinggal tujuh hari sahaja lagi sebelum pelancaran dan kesemua misteri mengenai spesifikasinya akan diketahui kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd