Rekod Data Peribadi Pengguna Malaysia Dilaporkan Dijual Pihak Tidak Bertanggungjawab

Rekod Data Peribadi Pengguna Malaysia Dilaporkan Dijual Pihak Tidak Bertanggungjawab

Diterbitkan pada Okt 19, 2017 oleh .

Kemaskini : Artikel asal daripada Lowyat telah diminta diturunkan oleh SKMM.

Kemaskini 2 : SKMM telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka sedang menyiasat perkara ini.


Sebelum ini, kita telah melihat beberapa ketirisan data besar – termasuk data akaun pengguna Streamyx dan sebagainya. Terkini, ia dilihat jutaan rekod data pengguna tempatan mula dijual pihak tidak bertanggungjawab yang dikumpulkan melalui beberapa platform.

Dilaporkan terlebih dahulu oleh pihak Lowyat, data yang ditawarkan oleh penjual berkenaan dikatakan didapati daripada sejumlah platform utama yang popular.

Data yang dijual ini turut meliputi pelbagai data peribadi seseorang – termasuk nama penuh, alamat emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan, gaji dan sebagainya. Menurut sasaran Lowyat, data peribadi yang dijual ini dijangka tertiris sekitar 2012 ke 2015 lepas.

Seperti semua sedia maklum, penjualan data peribadi ini adalah salah satu kesalahan besar – dan dilindungi dibawah akta PDPA.


TIPS & ULASAN