Adobe Bereksperimen Dengan Ciri Membuang Objek Yang Tidak Diingini Daripada Sesuatu Rakaman Video

Adobe Bereksperimen Dengan Ciri Membuang Objek Yang Tidak Diingini Daripada Sesuatu Rakaman Video

Diterbitkan pada Okt 19, 2017 oleh .

Adobe sedia menawarkan ciri content-aware fill pada Photoshop yang membolehkan anda membuang sebarang objek atau elemen yang tidak diingini daripada sesuatu gambar – dan perisian secara automatik menggantikan ia dengan latar yang disesuaikan supaya gambar tidak kelihatan janggal.

Ciri ini turut digunakan oleh ramai pihak dalam menghasilkan rakaman gambar yang cantik dan tidak diganggu objek atau elemen yang tidak diinginkan.

Adobe Cloak

Kini, Adobe turut sedang bereksperimen dengan sebuah ciri yang lebih kurang sama untuk video, melalui eksperimen yang dipanggil “Cloak”. Adobe ingi memudahkan anda membuang sebarang objek tidak diingini daripada sesuatu rakaman video – termasuk orang, kenderaan, tiang lampu dan sebagainya dengan mudah tanpa memerlukan kesan penyuntingan yang tinggi dan sukar seperti dilakukan studio perfilemen pada hari ini.

Dengan populariti video pada masa kini, semestinya ramai yang inginkan ciri ini untuk memudahkan anda membuang sesuatu objek daripada rakaman video dengan mudah.

Buat masa ini, Adobe hanya bereksperimen dengan projek baru ini, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan.


TIPS & ULASAN