Cari @ Amanz

Adobe merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena kreatif. Ia digunakan ramai pengguna seluruh dunia untuk menyunting gambar, menyunting video, membuat animasi, membuat lakaran prototaip, dan sebagainya.

Melalui kemaskini Adobe Creative Cloud yang terbaru, pihak Adobe menyertakan tiga lagi perisian baru dibawah mereka, iaitu Adobe Dimension CC, Adobe XD, dan juga Adobe Character Animator. Sebelum ini, ketiga-tiganya diuji pada peringkat beta. Adobe XD memfokuskan kepada kemudahan membuat rekaan antaramuka untuk aplikasi dan web, Adobe Dimension untuk memudahkan anda membuat grafik 2D kepada 3D, dan akhir sekali Adobe Character Animator adalah untuk membuat animasi untuk watak 2D dengan pantas.

Disamping itu, Adobe turut mengemaskini perisian popular mereka, Adobe Photoshop, Indesign, Illustrator dan Premiere Pro dengan beberapa ciri-ciri baru.

Antaranya adalah penambahan pelbagai lakaran Brush baru pada Photoshop, integrasi gambar dari Lightroom terus ke Photoshop, sokongan anotasi pada InDesign, selain penambahan templat Motion Graphic pada Adobe Stock.

Bagi pengguna yang menggunakan atau melanggan Adobe Creative Cloud, anda boleh menikmati ciri baru ini melalui kemaskini terbaru untuk setiap aplikasi berkaitan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd