Cari @ Amanz

Awal bulan yang lalu kami melaporkan Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL mungkin menerima kemaskini perisian selama tiga tahun. Dengan pelancarannya secara rasmi di Amerika Syarikat dua hari yang lalu, ia kini disahkan sendiri menerusi laman Google.

Kedua-dua model Pixel 2 akan menerima kemaskini perisian dan sekuriti sehingga Oktober 2020. Selepas tarikh tersebut, tiada jaminan kemaskini rasmi dari pihak Google. Sebelum ini Google hanya memberikan kemaskini perisian selama 2 tahun dan kemaskini sekuriti selama 3 tahun. Dengan sokongan lebih lama ini, pengguna Pixel 2 akan lebih selesa menggunakan peranti untuk jangka masa panjang.

Secara purata, pengguna di Malaysia menukar peranti baru setiap 22 bulan. Jadi jaminan Pixel 2 ini lebih dari memuaskan bagi kebanyakan pengguna di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd