Oppo F5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 November

Oppo F5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 November

Diterbitkan pada Okt 20, 2017 oleh .

Oppo Malaysia kini telah mula hadir dengan beberapa gambar acah untuk pelancaran Oppo F5 di Malaysia. Disamping daripadanya, kini mereka turut mengesahkan yang mana Oppo F5 bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 2 November kelak.

Oppo F5

Oppo F5 dijangka memfokuskan ciri swafoto, dimana ia dijangka menyertakan sokongan dwi-kamera hadapan 12MP, selain dilengkapi kamera belakang 20MP. Dari segi spesifikasi, Oppo F5 dijangka menggunakan skrin 6-inci, dilengkapi memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan sehingga 64GB, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan terlebih dahulu di Filipina pada minggu hadapan. Mungkin kita akan mengetahui lanjut mengenai penawaran telefon pintar baru Oppo ini secara rasminya minggu hadapan, sebelum ia dilancarkan di Malaysia pada 2 November.


TIPS & ULASAN