Gigabyte Aorus X9 Dilancarkan – Komputer Riba SLI Ternipis Di Dunia

Gigabyte Aorus X9 Dilancarkan – Komputer Riba SLI Ternipis Di Dunia

Diterbitkan pada Okt 20, 2017 oleh .

Teknologi SLI membolehkan dua ataupun lebih kad grafik digunakan di dalam sebuah komputer. Ini akan meningkatkan kemampuan grafik tetapi memerlukan kerangka PC yang besar untuk menggunakannya. Sejak diperkenalkan pada tahun 1998 oleh 3dfx, teknologi ini sudah semakin maju dan kini boleh digunakan pada komputer riba bersaiz kompak.

Gigabyte Aorus X9 ialah komputer riba untuk gaming yang dilengkapi sistem SLI tetapi masih cukup nipis dengan ketebalan maksimum 1.18″. Ini menurut Gigabyte menjadikannya komputer riba dengan SLI ternipis di pasaran.

Ia dilengkapi skrin 17.3″ UHD/QHD (102HZ) IPS LCD, dijana pemproses Intel Core i7-7820HK, memori sehingga 16GB, storan SSD sehingga 1TB dan storan HDD sehingga 1 TB. Ia dilengkapi dua kad grafik Nvidia GeForce GTX 1070 8GB GDDR5, Sistem penyejuk dengan lapan paip haba digunakan bagi memastikan komputer ini dapat berfungsi dengan optimum.

Walaupun nipis ia masih menggunakan papan kekunci mekanikal dengan sokongan lampu RGB. Selain daripada itu turut dilengkapi 1 port Thunderbolt 3 (USB-C) ,1  USB 3.1 (USB-C), 3 USB-A, 1 Mini-Display, 1 HDMI dan 1 pembaca kad SD. Pada bahagian audio pula ia mempunyai satu DAC ESS Sabre HiFi dengan dua pembesar suara dan dua sub-woofer. Sebuah bateri sebesar 94.24Wh menjadi sumber kuasa.

Gigabyte Aorus X9 dijual pada harga $1749 (~RM 7381) untuk model asas dan meningkat ke $3799 (~RM 16033) untuk model paling ekstrem. Kedua-dua model menggunakan sistem operasi Windows 10 Pro.


TIPS & ULASAN