Cari @ Amanz

Penstriman video sekarang boleh dilakukan dengan lancar pada resolusi HD penuh menerusi peranti mudah alih. Satu-satunya halangan bagi pengguna ialah kuota bulanan data yang rendah untuk menstrim kandungan. Celcom hari ini melancarkan Super VideoWalla dan VideoWalla kepada pelanggan First Gold mereka. Penawaran ini memberikan kuota penstriman video sehingga 100GB.

Bagi pelanggan Celcom First Gold RM 80 (20GB) mereka akan diberikan kuota 30GB Video Walla. Pelanggan Celcom First Gold RM 98 (40GB) pula mereka diberikan kuota 100GB Super VideoWalla. Kesemua ini diaktifkan secara automatik kepada pelanggan sedia ada untuk tempoh 12 bulan.

Menurut Celcom, kuota Super VideoWalla akan hadir untuk pelanggan-pelanggan Celcom baru bermula 20 Oktober 2017. Untuk para pelanggan yang sedia ada pula ia akan diaktifkan bermula 26 Oktober 2017.

Kuota penstriman video ini hanya boleh digunakan pada perkhidmatan YouTube, iflix, Netflix, Tonton, Astro GO, dimsum, HeroTalkies, MOX
Digital, Metro TV dan DailyMotion. Untuk maklumat lanjut sila layari laman Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd