Cari @ Amanz

Arena kecerdasan buatan (AI) sedia menjadi salah satu bualan ramai pihak, apatah lagi dengan perkembangan AI bukan sahaja pada komputer dan web, tetapi juga pada peranti mudah-alih dan peranti berhubung. Terkini, bercakap lanjut mengenainya, Najib Razak mengatakan kerajaan akan membangunkan rangka kerja kecerdasan buatan kebangsaan (National Artificial Intelligence (AI) Framework).

Rangka kerja baru ini adalah perkembangan dan fasa seterusnya untuk rangka kerja dataraya (National Big Data Analytics Framework) sebelum ini.

Seperti sebelumnya, rangka kerja untuk kecerdasan buatan ini bakal diterajui oleh pihak MDEC. Najib turut mengatakan, “AI boleh menjadi ‘pencetus perubahan’ dalam menambah baik kehidupan rakyat Malaysia”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd