Huawei Sedang Membangunkan Telefon Pintar Boleh-Lipat – Mungkin Diperkenalkan Seawal 2018

Huawei Sedang Membangunkan Telefon Pintar Boleh-Lipat – Mungkin Diperkenalkan Seawal 2018

Diterbitkan pada Okt 21, 2017 oleh .

Baru-baru ini, kita telah melihat ZTE memperkenalkan sebuah peranti boleh-lipat, dimana ketika ia dilipat ia bersaiz sebesar sebuah telefon pintar, dan apabila dibuka ia berfungsi seumpama sebuah tablet. Selain ZTE, Samsung turut telah diperkatakan beberapa kali yang mana mereka akan hadir dengan peranti boleh-lipat tidak lama lagi.

Kini, selain daripada Samsung, pihak Huawei turut mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan sebuah peranti boleh-lipat. Bercakap kepada CNet, CEO Huawei, Richard Yu mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan sebuah peranti boleh-lipat. Malah, beliau mengatakan Huawei sedia mempunyai sebuah prototaip buat masa ini.

Beliau menambah mengatakan yang mana buat masa ini ia mempunyai sedikit ruangan antara kedua-dua skrin – dan mereka ingin membuangnya sebelum ia diperkenalkan.

Huawei buat masa ini belum bersedia melancarkan peranti berkenaan buat masa ini, tetapi sekiranya semua berjalan lancar, Huawei mungkin memperkenalkannya seawal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN