Cari @ Amanz

Razer merupakan salah satu syarikat yang sering menawarkan aksesori yang memfokuskan kepada para peminat permainan video. Hari ini, mereka turut hadir dengan sebuah aksesori memfokuskan kepada mereka yang sering menstrim permainan video di Twitch dan sebagainya – iaitu Razer Kiyo.

Razer Kiyo

Razer Kiyo merupakan sebuah webcam yang turut hadir dengan lampu dihadapan bagi memastikan wajah anda cerah dan jelas ketika sedang menstrim permainan. Razer melengkapkan ia dengan dua belas LED berwarna putih, dan pengguna boleh mengawal kadar pencahayaannya.

Dari segi spesfikasi, Razer Kiyo menyertakan kamera 4-megapixel dengan keupayaan rakaman sehingga 1080p pada kadar 30fps, atau 720p pada kadar 60fps.

Webcam daripada Razer ini turut dioptimasikan untuk beberapa perisian popular, termasuk untuk Open Broadcasting Software.

Buat masa ini, ramai penstrim video yang menggunakan webcam biasa tanpa pencahayaan atau lampu dihadapan – dan ia dilihat tiada masalah dengannya. Tidak diketahui lagi sama ada Razer Kiyo ini akan menerima permintaan tinggi atau sebaliknya.

Razer menawarkan Razer Kiyo ini pada harga $99.99, dan dijangka ditawarkan dalam sebulan dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd