Cari @ Amanz

Semalam, pihak Telekom Malaysia telah mengesahkan penawaran pakej Unifi Lite pada harga langganan RM99 sebulan untuk tempoh terhad. Walaubagaimanapun, kini, hanya selang sehari, Telekom Malaysia melalui akaun Twitter mereka mengatakan mereka akan menangguhkan kempen Unifi Lite RM99 buat masa ini.

Tiada sebab yang kukuh yang diberikan oleh pihak Telekom Malaysia untuk penangguhan ini buat masa ini.

Sebelum ini, dalam menarik lebih ramai pengguna ke pakej Unifi, Telekom Malaysia telah hadir dengan pakej berkelajuan 10Mbps dinamakan Unifi Lite. Ia ditawarkan pada harga langganan RM129 sebulan – tetapi untuk tempoh promosi, pihak TM menawarkan ia pada harga langganan RM99 sebulan untuk tempoh 24 bulan sekiranya melanggan sebelum 31 Disember 2017 ini.

Dengan penangguhan ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak TM akan menawarkannya kembali selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd