NoCoin – Pemalam Untuk Menghalang Pelombongan Kriptowang Melalui Pelayar Web

NoCoin – Pemalam Untuk Menghalang Pelombongan Kriptowang Melalui Pelayar Web

Diterbitkan pada Okt 22, 2017 oleh .

Baru-baru ini, beberapa laman web telah mula mengintegrasikan skrip khusus yang berfungsi untuk menggunakan kuasa komputer anda untuk melombong kriptowang. Perkara ini mungkin tidak diperasan oleh ramai pengguna kerana berlaku secara latar – sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan mengenainya.

Bagi anda yang tidak ingin membenarkan kuasa komputer anda untuk digunakan bagi tujuan berkenaan, anda boleh menghalangnya melalui beberapa kaedah. Sekiranya sebelum ini kami berkongsi mengenai cara menghalang melalui penggunaan Adblock Plus, hari ini kami berkongsi mengenai sebuah pemalam untuk pelayar web yang memfokuskan khusus untuk menghalang pelombonngan kriptowang melalui pelayar web.

Dinamakan sebagai No Coin, ia ditawarkan untuk pelayar web Chrome, Firefox dan juga Opera.

Dengan memasangnya, ia akan menghalang pelombongan kriptowang melalui pelayar web. Namun, seperti biasa, anda masih boleh membenarkan beberapa laman untuk melombong dengan memberikan kebenaran untuknya – dan NoCoin tidak akan menghalang pada laman berkenaan.

Bagi anda yang ingin memastikan prestasi komputer anda tidak terkesan – dan mengelak daripada menjadi pelombong kriptowang tanpa pengetahuan sendiri, mungkin anda boleh mencuba NoCoin ini hari ini.

Muat-Turun NoCoin untuk Pelayar Web


TIPS & ULASAN