Pengguna Huawei Mate 9? Anda Kini Boleh Mencuba EMUI 8.0 Beta

Pengguna Huawei Mate 9? Anda Kini Boleh Mencuba EMUI 8.0 Beta

Diterbitkan pada Okt 22, 2017 oleh .

Huawei pada minggu lepas telah memperkenalkan EMUI 8.0 secara rasminya bersama-sama telefon pintar Huawei Mate 10 mereka. Kini, selain hanya untuk Mate 10, pihak Huawei kini telah membuka ujian beta EMUI 8.0 kepada para pengguna Huawei Mate 9.

Huawei Mate 9

EMUI 8.0 hadir berasaskan kepada Android 8.0, dimana ia menyertakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk kemudahan untuk mengaktifkan split-screen daripada notifikasi, pengoptimasian pada sistem operasi, serta beberapa ciri-ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Huawei Mate 9, anda boleh mendaftar untuk mencuba versi beta ini hari ini. Huawei masih belum mengumumkan bilakah mereka akan menawarkannya untuk Huawei Mate 9 Pro atau peranti-peranti lain.

Cuba : EMUI 8.0 Untuk Huawei Mate 9


TIPS & ULASAN