Netflix Menyasarkan 50% Daripada Kandungannya Asli Dan Eksklusif Menjelang Penghujung 2018

Netflix Menyasarkan 50% Daripada Kandungannya Asli Dan Eksklusif Menjelang Penghujung 2018

Diterbitkan pada Okt 23, 2017 oleh .

Netflix sedia membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam memastikan mereka mempunyai sejumlah kandungan yang asli dan eksklusif khusus pada platform mereka dan tidak didapati pada platform lain. Netflix menggunakan label “Netflix Originals” untuk tujuan berkenaan.

Terkini, bergerak kehadapan, Netflix kini mengumumkan yang mana mereka akan membelanjakan sekitar $8 bilion pada 2018 kelak, dan menyasarkan untuk mempunyai sekitar 50% daripada kandungan pada platform mereka dibawah “Netflix Originals”.

Daripada jumlah $8 bilion yang ingin dibelanjakan, Netflix menyasarkan untuk menghasilkan sekitar 30 siri anime dan juga 80 filem baru.

Pengumuman baru ini juga mungkin membuatkan para pelabur pada platform berkenaan berasa lega – apatah lagi dengan Disney yang telah mengumumkan bakal hadir dengan platform penstriman mereka sendiri tidak lama lagi.

Selain Netflix, platform penstriman dari Malaysia, iaitu iFlix turut telah mula melakukan beberapa pelaburan untuk menghasilkan rancangan video mereka tersendiri khusus untuk platform iFlix.


TIPS & ULASAN