Cari @ Amanz

Rekaan Samsung Galaxy Tab Active2 tertiris seminggu yang lalu. Pada hujung minggu yang lalu ia akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Samsung. Samsung Galaxy Tab Active2 ialah tablet tahan lasak yang bukan sahaja kalis air serta hentakan, malah turut mempunyai sokongan stylus S-Pen.

Dari segi spesifik ia dilengkapi skrin 8″ FTF WXGA, pemproes Exynos 7870, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 16GB. Terdapat sokongan untuk kad mikroSD sehingga 256GB. Kamera utama sebesar 8-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 4450 mAh menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C. Ia masih lagi menggunakan Android 7.1.

Dari segi ketahanan ia kalis air dan depu IP68 dan tahan hentakan dari ketinggian 1.2 meter melepasi piawaian MIL-STD 810G. Stylus S-Pen yang disertakan mampu mengesan 4096 tahap tekanan. Galaxy Tab Active2 juga adalah tablet pertama Samsung yang mempunyai sokongan Bixby. Tablet ini direka untuk digunakan di industri petroleum, kimia dan perubatan. Di Eropah ia dijual pada harga Euro 500 (~RM 2451) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd