MBSA Hadir Dengan Aplikasi i-Adu Untuk Memudahkan Pengguna Salurkan Maklumbalas

MBSA Hadir Dengan Aplikasi i-Adu Untuk Memudahkan Pengguna Salurkan Maklumbalas

Diterbitkan pada Okt 23, 2017 oleh .

Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang telah mula menawarkan aplikasi mudah-alih untuk memudahkan proses aduan dan menerima maklumbalas pengguna. Terkini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah pun melancarkan secara rasmi aplikasi aduan mereka tersendiri, dinamakan sebagai i-Adu.

MBSA i-Adu

Aplikasi ini adalah pelengkap dan alternatif kepada talian bebas tol mereka, membolehkan para pengguna di Shah Alam untuk memberikan maklumbalas, membuat aduan, atau menilai tahap kepuasan dengan mudah melaluinya.

Bagi anda yang menetap di Shah Alam, anda boleh memuat-turun aplikasi i-Adu yang ditawarkan untuk peranti Android ini hari ini, dan menggunakannya dalam menyalurkan pelbagai maklumbalas terus kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini.

Muat-Turun i-Adu untuk Android


TIPS & ULASAN