Senarai Kad-Kad Grafik Berasaskan NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti Diperlihatkan – Pilihan Dari ASUS, MSI, ZOTAC

Senarai Kad-Kad Grafik Berasaskan NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti Diperlihatkan – Pilihan Dari ASUS, MSI, ZOTAC

Diterbitkan pada Okt 23, 2017 oleh .

Sambungan kepada tirisan skor-skor penanda-aras Ashes of The Singularity dan 3DMark untuk kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti, nampaknya terdapat beberapa pengedar komponen komputer di seluruh dunia yang telahpun menyenaraikan variasi kad grafik tersebut oleh jenama-jenama komponen PC yang popular seperti ASUS, MSI dan juga ZOTAC.

Ini cukup menarik kerana ia juga menandakan bahawa kita dapat melihat kad pesaing AMD Vega ini dengan pelbagai penyejuk berbeza yang hadir daripada jenama-jenama ini.

Pertama ialah dua kad grafik daripada ASUS, iaitu ASUS GeForce GTX 1070 Ti Turbo dan juga ASUS ROG STRIX GTX 1070 Ti. Versi Turbo hadir dengan penyejuk satu kipas, manakala STRIX GTX 1070 Ti hadir dilihat hadir dengan penyejuk DirectCU.

MSI pula dapat dilihat akan menjual lima variasi kad grafik GTX 1070 Ti ini, termasuklah MSI GeForce GTX 1070 Ti 8GB AERO, MSI GeForce GTX 1070 Ti 8GB ARMOR, MSI GeForce GTX 1070 Ti 8GB DUKE, MSI GeForce GTX 1070 Ti 8GB GAMING, dan juga MSI GeForce GTX 1070 Ti 8GB TITANIUM.

Paling menarik disini ialah ZOTAC, kerana buat masa ini, mereka satu-satunya jenama yang hadir dengan kad grafik GTX 1070 Ti bersaiz kecil. Dua model kad grafik yang akan dijual oleh mereka termasuklah ZOTAC GTX 1070 Ti AMP! Extreme dan juga ZOTAC GTX 1070 Ti Mini.

Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti ini dikatakan akan hadir di pasaran dunia pada penghujung bulan Oktober ini. Walaupun kad grafik ini tidak boleh di-overclock, ia merupakan sebuah pilihan yang cukup baik untuk mereka yang inginkan sebuah kad grafik yang berkuasa, tetapi tidak mempunyai wang untuk GTX 1080 ataupun 1080 Ti.


TIPS & ULASAN