Cari @ Amanz

Animoji ialah fungsi menarik yang membolehkan pengguna iPhone X menghantar emoji beranimasi yang bergerak mengikut wajah pengguna. Teknologi imbasan wajah Face ID digunakan pada menghasilkan animasi yang tepat. Minggu lalu Apple telah disaman oleh pembangun aplikasi Animoji kerana menggunakan tanda dagang tanpa kebenaran.

Saman difailkan oleh Emonster k.k. Bonansea yang membangunkan aplikasi pemesejan Animoji yang boleh digunakan pada peranti iOS sejak 2014. Beliau telah mempatenkan nama Animoji pada tahun 2015. Beliau mendakwa Apple cuba membeli hak tanda dagang Animoji dari beliau tetapi beliau menolak. Apple tetap menggunakan Animoji sebagai nama rasmi fungsi terkini iPhone X walaupun mengetahui ia telah dipantenkan oleh Emonster k.k. Bonansea. Oleh itu beliau memfaikan injunksi menghalang Apple dari terus menggunakan tanda dagang ini selagi kos guaman dan pampasan tidak diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd